Friday, December 29, 2017

UMS Pulihkan Sistem Bekalan Air Graviti Kampung Kelawat

8 - 9 Disember 2017 

Masyarakat di Kampung Kelawat, Tamparuli sangat bertuah kerana telah mendapat faedah daripada Program UMS-SPRINT “Prihatin Membawa Perubahan” dengan pulihnya sistem bekalan air graviti kampung yang terjejas teruk semasa gempa bumi yang melanda negeri Sabah pada 5 Jun 2015 yang lalu. Program kemasyarakatan anjuran pelajar-pelajar Pusat Luar UMS(PLUMS) bagi Program Pengeluaran Ternakan, Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah ini telah berlangsung selama 2 hari mulai 8 hingga 9 Disember 2017. Kerja-kerja membina dan memulihkan sistem bekalan air graviti kampung merupakan aktiviti utama program yang dibuat secara bergotong-royong oleh para penduduk Kampung Kelawat dan pelajar UMS. Selain itu, turut diselitkan aktiviti sampingan seperti aktiviti riadah, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, kempen kesedaran penyakit rabies dan Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Kempen Jom Masuk UMS!, taklimat pengenalan kepada penternakan kambing tenusu, penternakan itik penelur dan demonstrasi membuat telur masin. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Prof Madya Dr Nur Hardy bin Abu Daud, Ketua Program Pengeluaran Ternakan, Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan. Turut hadir En. Joisin Romut mewakili YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Ahli PArlimen P.170 Tuaran, En. Marius Samin mewakili YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah merangkap ADUN N.11 Kiulu dan Tn Hj Ir Samto Sulah mewakili YBhg Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah. Dalam ucapan perasmiannya, Nur Hardy berkata bekalan air yang bersih merupakan elemen penting dalam kehidupan dan lebih utama jika dibandingkan dengan bekalan letrik. Beliau turut menyeru agar para pemimpin masyarakat dapat membantu menyokong program seumpama ini demi untuk mensejahterakan masyarakat, khususnya di luar bandar dan pendalaman Sabah. Katanya lagi, PROGRAM UMS-SPRINT atau juga dikenali sebagai Program UMS-SISWAPRIHATIN merupakan program interaksi institusi dengan masyarakat berteraskan keperluan pembangunan insaniah dengan tumpuan diberikan kepada nilai-nilai kerjasama berkumpulan, kepimpinan serta meningkatkan daya interaksi dan komunikasi dengan masyarakat setempat, khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman. 

Menurut En. Kennedy Juani selaku Pengarah Program, program ini memerlukan sumber kewangan yang agak besar bagi menyediakan peralatan keperluan seperti tangki air, polipaip serta peralatan penyambungan dan kepala paip kerana perlu menyalurkan bekalan air sehingga sejauh 3 kilometer yang memanfaatkan lebih 40 buah rumah dan lebih 400 orang penduduk Kampung Kelawat. Menurut beliau lagi, “sambutan penduduk kampung terhadap program ini sangat baik dengan kerjasama yang diberikan sangat mantap dan kami rasa bersyukur kerana usaha ini dapat membawa kegembiraan kepada penduduk di kampung ini”. Beliau juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang sama ada pemimpin masyarakat mahu pun orang perseorangan bagi merealisasikan usaha ini. En. Amy Gundolot selaku Pengerusi JKKK di kampung berkenaan juga merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memilih Kampung Kelawat untuk menjayakan program ini. “Kampung kami sangat bertuah kerana telah dipilih untuk menjayakan program ini. Tanpa bantuan melalui program sebegini, agak sukar untuk kami memulihkan sistem bekalan air graviti kampung”, katanya lagi.
Kennedy sedang menyampaikan cenderakenangan kepada Nur Hardy
Gotong-royong membuat tapak tangki simpanan air
Merakamkan gambar kenangan bersama semasa gotong-royong
Nur Hardy dan Azahari merakamkan gambar kenangan bersama pasukan pelajar UMS
Wajah kegembiraan berjaya mendapat bekalan air bersih

Thursday, December 7, 2017

2018 Is Coming!

It's been quite sometime for me to update this blog. Been busy since beginning of the year till to date really occupied my time. What do I achieved? Most of my weekend at the classroom at UMS, both in Kota Kinabalu and Sandakan Campus since last September. Both our children grown up, studying to obtain their tertiary education. Wife always around, her mother just passed away 100 days ago. I felt sorry too, what a sudden missing. I couldn't find time cycling around with friends lately and as a result, I am putting on weight. Aiming better education at my matured age really a challenge for me but it doesn't stop me enjoying my life. Its a journey to accomplish. Coming 2018 with more things to do... Just stay positive! Start learning basic Hanyu this semester... Da jia hao! Wo de mingxi Kennedy. Wo cong Tamparuli lai! Wo keyi shuo yidianr Hanyu. Wakaka, interesting!

Monday, October 31, 2016

Lets Cycling

I started cycling again recently instead of my hectic schedule. Its been so hard to be active again after lapsed for quite sometimes.

Thursday, May 10, 2012

Pure Mediterranean Perfumes now in Sabah. Grade A - non alcohol long lasting fragrances for sale on net. Good for muslim & non muslim. Suitable for wedding/birthday gift etc...Free delivery around Kota Kinabalu. Delivery outside Kota Kinabalu depending on the postal/transportation charges & order volume. Payment via Maybank2u.com. Delivery within 1 - 3 days. Interested please sms/call 0198603695-Ken or 088383695-Nanc. Thank you!